The Adorable Clique

Suka BLOG ni,.??Like lah,..;)

Saturday, June 16, 2012

1st Giveaway by Dhia Johary

:: Sticky Post ::
Assalamualaikum..

*Banner*
*Entry berunsur malu-malu kucing*

Disebabkan cuti sekolah pon dah nak mula, dhia nak amek kesempatan ni untuk anjurkan satu giveaway. jangan risau, yang tak cuti sekolah pon boleh join! hehe

Giveaway ni tak akan jadi tanpa sponsors yang sudi beri hadiah yang cun-cun! They are:

Yang pastinya, banyak hadiah-hadiah yang menarik untuk korang menangi!

Syarat-syaratnya:

1. Follow blog Dhia Johary untuk ketahui update pasal giveaway.
2.Give your support to our sponsors by:
Wajib like and follow sponsors. just right click and 'open link in new tab' then like or follow.


Like :: Follow

Like :: Follow :: *Share Fanpage*


Like :: Follow

3.Buat entry bertajuk '1st Giveaway by Dhia Johary'
4.Tempek banner giveaway & linkkan balik ke entry ini.
5.Tag 2 orang untuk ajak join *make sure dorang tahu pasal giveaway.
6.Dah siap? Link entry korang di comment entry ini.*bukan link blog

Itu sahaja! 6 langkah mudah untuk dapat hadiah yang best-best! >.<
Jom lah join!!!

Saturday, June 2, 2012

Sebuah cerita pendek 1 June

Salam.


Baru lah sempat nak update blog. selepas tahan kerut-kerut muka tahan sakit. oh! tuhan je yang tahu. aku hanya mampu tidur, tidur. kadang-kadang dah penat dah. syukurlah mimpiku indah-indah belaka. *smiling.

Aku teringat saat aku dan dia. memang tak pernah dibuat orang. dia memang setia menemani aku. ke mana saja aku pergi. ok aku terharu. Tanggal 1 June. tak muak die melayan kerenah aku yang suka sangat berjalan. dia hanya mengikut segala kehendakku. dalam hati, 'Ya ALLAH, aku bersyukur kerana kau temukan aku dengan dia.' aku akur. bukan semua orang sempurna. begitu juga aku.

Sudah lama aku teringinkan ice blend chocolate oreo. ah! gila. memang macam budak-budak. kami keluar hanya untuk dapatkan ice blend chocolate oreo. logik tak? HAHA. tambah pulak dengan pesanan mama. macam tak ada benda lain yang mama nak beli. tahu tak apa? PENCUCI TOILET. mama pesan jugak agar aku belikan makanan untuk steamboat malam nanti. macam-macam yang mama order macam aku ni waitress di kedai makan. aku layan saja karenah mama.

sejurus sampai di Tesco, barang yang mama pesan dulu yang aku beli. besar dan luas. kami mulakan sesi pencarian.

'Apa yang nak dicari dulu?'
'PENCUCI TOILET!'

aku dan dia tertawa. mungkin dia tak perasan aku curi-curi melihat gelagatnya. ok handsome gila. mengenakan t-shirt striking blue dipadankan dengan jeans. simple. itu yang buatkan aku tertarik. :D kami mencari barang yang dipesan mama.

kemudian, kami berjalan di tepi tasik. tasik lah agaknya. angin sepoi-sepoi bahasa memang mendamaikan. ada pulak sesi photoshoot perkahwinan kat situ. nak kahwin dah la tu agaknya. kemudian muka kedua-dua mempelai tu bertukar menjadi aku dan dia. dia bertanjak dan berbaju melayu songket. aku berkebaya songket berwarna krim yang sama dengannya.

HAISH! lambat lagi! lamunanku terhenti. aku tersenyum sendirian. haha. kelakar! tak lama selepas tu, kami pulang dan berjanji akan datang ke situ lagi. hihi. insya ALLAH.

aku bersyukur. aku happy. aku tak sangka yang aku akan jumpa dengan seseorang macam dia. thank you sayang. semoga doa kita akan dimakbulkan untuk 5 tahun akan datang. insyaALLAH. :D

begitu lah cerita pendekku. ya. aku bahagia. :D

Thursday, May 31, 2012

Sponsor GA Dhia :Lyana MK Boutique Semuanya Ada Di Sini!

Salam.



Sekarang ni makin ramai orang yang lebih suka untuk membeli barang secara online. memang tak dinafikan lagi dhia sekarang memang suka shopping online! banyak sebenarnya kelebihan shopping online ni cuma kita kena berhati-hati.

Ada yang antara korang gemar membeli baju, shawl, skirts, wedges, bag dan sebagainya?? dhia pasti korang boleh tengok dekat Lyana MK Boutique sebab kat situ ada pelbagai pilihan! Apa yang penting, barangan yang dijual mesti berkualiti kan?

Bagi sesiapa yang suka menggayakan tudung bawal tapi nak yang instant, Lyana MK Boutique ada menawarkan tawaran! Eksklusif! Hilangkan rasa bosan semasa menggayakan bawal kesukaan anda! Kini tudung kegemaran ramai ini lebih mudah dipakai dan menaikkan seri anda!

Bagi sesiapa yang join GA dhia,
korang ada peluang untuk memiliki tudung bawal ni! :D

Tambahan sekarang kan dah nak musim raya. banyak tukang jahit baju tak nak terima tempahan baju! untuk langkah mudah, banyak koleksi baju kurung, jubah, kaftan glam! anda pasti akan kelihatan glamour dan berseri-seri di pagi hari raya!

So apa tunggu lagi? korang boleh tengok barangan yang dijual di Lyana MK Boutique FB page
Linkdan membuat tempahan sekarang!

Lyana MK Boutique merupakan sponsor untuk GA dhia. sesiapa yang mahu mendapatkan barangan daripada Lyana MK Boutique, jom la join GA dhia sekarang! KLIK SINI

Wednesday, May 30, 2012

UPDATE GA: Hadiah untuk pemenang GA Dhia Johary

Salam

Sorry sebab lambat update pasal hadiah GA dhia ni kan? okay jom tengok ape yang sponsors kita ada untuk pemenang! =)
Hadiah-hadiahnya:


Syria Cute Polka from Lyana MK Boutique


Bawal 2 layers from Lyana MK Boutique


Pin Hijabista from Lyana MK Boutique


Couple mugs from Coupleholic

LinkBaucer shopping bernilai RM20 from Lleah Ayeisa Co.



cotton innerneck from Lleah Ayeisa Co.



Bawal beads (custom made Lleah) from Lleah Ayeisa Co.

*ini hanya gambar. hadiah sebenar surprise! :D
*sponsors berhak membuat penukaran hadiah. :D

Nampak gaya macam banyak hadiah untuk perempuan kan? blogger lelaki atau perempuan pon boleh join. blogger lelaki mungkin boleh bagi jadikan hadiah. :D hihi. tak salah kan?

Mungkin ramai yang tak tahu, dhia akan memilih pemenang melalui random.org to be fair kan? so, jom la join and support blogger baru macam dhia ni. Thank You!!

p/s: Jom la join kat SINI! DUE DATE 16 jUNE 2012

Tuesday, May 29, 2012

Dilemma result.

Salam
Malam 28th May mesti student-student matrix dah menggletaq lutut nak tunggu result kan? yeah I know. and harini, result sempat ditenung dan disenyum simpul.*duck face. ahah. what can I say? Alhambulillah. saya bersyukur Ya ALLAH. ^^

So, secara tidak langsung, Facebook dan segala laman web social pun penuh dengan update result2 kalian. Tahniah kepada sesiapa yang dapat PNGK 4.00 dan juga bagi apa-apa result. kan dah usaha?terima jerr. hihi

Aku nak kongsi satu perasaan yang memang buat aku pening. cakap pasal result, tak kisah la result apa-apa pon. bila orang lain tanya, contohnya,

Situasi 1:
Orang A: Pointer kau berapa?
Orang B: Ntah la. sikit je.
Orang A: Berapa?
Orang B: ade la,..
Orang A: okay,.. pape pon tahniah!

Kalau korang letakkan diri dekat orang A mesti rasa menyampah. betol tak? Lalu orang B cuba beberapa jawapan yang lain.

Situasi 2:
Orang C: Pointer kau berapa?
Orang B: Sikit je,. PNGK 3.55
Orang C: ohh! tahniah!

Mungkin Orang C akan bercakap dalam hati, 'AH! berlagak gila. mentang2 3.5 above!'
Apakah ini semua? apa sebenarnya kita akan jawab bila soalan yang sama diajukan? Situasi 1 atau situasi 2? perlu ke kita nak fikir apa yang orang akan cakap kat kita? bila kita bagitau pointer atau result sebenar, kira kita ni berlagak ke? lantak kau lah. sapa suruh tanya! haha.

Result yang kita dapat bergantung kepada usaha kita. mula-mula frust jugak bila tengok result aku. study bagai nak rak tapi result tak best pon.
AKU: teruk gila result aku. study macam nak gila.
KAU: tu lah, aku pon. sebab aku tak study. asyik tido je. bukan cam kau, rajin gila.
DIALOG REKAAN SEMATA-MATA. hihi ^^

okay ekceli aku nak kata aku rajin. pfftt. HAHA.
tapi aku fikir balik, mungkin aku perlu usaha lagi kuat! rezeki ada dimana-mana kan? =)

p/s: tahniah tan sri dapat PNGK 4.00 . nanti kite belanje gule2 kapas kaler pepel ok? haha!

Thursday, May 24, 2012

Segmen EN : 5 Sebab Kenapa Anda Suka Dia?+ Add Follower + Blogwalking

Salam

Dah lama tak bersegmen ni. segmen yang menarik kan? thanks sebab tag ye Cik Teah Rusli..
5 sebab kenapa anda suka dia?? kalau dah kata SUKA, of course la ramai yang cerita pasal someone special kan? Takkan nak cerita pasal adik. memang la TAK SUKA langsung. haha.

DIA = Izwan Bin Ahmad = Tan sri

Sebab pertama!
Tan sri seorang yang pandai memujuk ! yelah dah kite ni ade penyakit merajuk yang kronik tapi beliau memang hebat. tak pernah ade misunderstanding lebih daripada 27 jam. *APPLAUSE* hihi. tq tansri :)

Sebab kedua!
Tan sri seorang yang penyabar ! berbekalkan kesabaran yang tinggi, tahap kemarahannye boleh dikawal. bukan macam dhia! asek nak marah orang je tahu. perangai tak comel langsung. hihi. tq tansri :)

Sebab ketiga!
Tan sri suka membakar! bukan ape, die ni suka membakar semangat Dhia! hihi. terutamanye bila nak study. bila rasa down die bakar semangat Dhia untuk terus belajar! selain tu, die tolong bakar lemak jugak. hihi. bukan apa, selalu ajak main squash. die coach saya! hehe tq tan sri :)

Sebab keempat!
Tan sri ada lesung pipit! punya lah show off dengan kite. so kite try nak tebuk 2 lesung pipit! masih mencuba. namun gagal. =(

Sebab kelima!
Tan sri sangat kerek! hihi. ni bukan kutuk tau. sebenarnya kerek ni lagi bagus. takde la mesra alam sangat sampai keliling pinggang kawan perempuan kan. lagipun tan sri ni sekolah all boys. so selamat. hihi! takde lah. dhia trust tan sri. tu yang penting. tq tan sri :) tan sri memang superb! hihi

ok tu je.

Tag:
http://fzhjmldn.blogspot.com
http://therainisfallingsoami.blogspot.com
http://alieyamira.blogspot.com

p/s: Jom join 1st giveaway Dhia Johary !! CLICK HERE

I think I love you

Salam



Long time no post. ok memang broken habis english aku. haha. sememangnya aku ni peminat kpop. tidak disangkal lagi ok. walaupun peminat tegar kpop, cerita Fullhouse aku baru tengok tahun ni. lame kan aku? haha. sokay lah.

tahun ni lah jugak bermula cerita fantasi aku. cewahh. aku berminat sangat dengan OST Fullhouse bertajuk 'I think I love you' nyanyian Byul. bajet aku kenal pulak kan penyanyi die. haha. memang tak kenal. tak la se-famous Big Bang or Girls Generation tu. agaknye la. HAHA!!

Boleh kata aku dah hafal la lyric lagu ni dalam bahasa korea. *ok terasa riak sekejap. hehe. sebab-sebab aku suka lagu ni adalah sebab lyric dia yang memang macam apa yang aku lalui masa loving2 dengan tan sri. >.< ok poyo
*********
I think I love you- Byul English Translation

''It can't be. It's not possible"
That's what I told myself
There's no way that I'm in love with you
"It's just jealousy. I must be lonely"
I tried fooling myself
but now I can't hide it anymore
I think I love you
It must be true
Cause I miss you..
When you are not around
I can't do anything
I keep thinking about you
Seeing how things are... I know
I'm falling for you..
I didn't realize it,.. now I need you
All of the time..I now understand that
Somehow you've already grown deep..in my heart.
They say that we are not suit for each other..
that it's better for us to just be friends..
From one to ten..
We can never agree on anything..
How can we be in relationship??
When everyone says that we can't last?
Their words have been in my thoughts
but I don't want to think about it anymore..
********
Why I didn't realize what I felt about you immediately?
Why didn't I see you when you were just in front of my eyes?
That whole time you were just beside me all along
Why didn't I realize that I've loved you all along??

p/s: Jom lah join my 1st Giveaway kat SINI
Hadiah akan di-update kemudian,..jangan risau,.. >.<